PENGENALAN: ANALISIS KESALAHAN BAHASA
Analisis kesalahan bahasa boleh
didefinisikan sebagai satu bidang kajian yang digunakan oleh para guru serta
pengkaji, yang mengandungi data-data untuk mengidentifikasi kesalahan-kesalahan
bahasa, penjelasan tentang kesalahan-kesalahan bahasa tersebut dan juga
pengklasifikasian kesalahan-kesalahan bahasa berdasarkan punca-punca berlakunya
kesalahan-kesalahan itu dan sebagainya (Tarigan dan Tarigan, 1990:68).
Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa kesalahan bahasa itu merupakan sesuatu yang berkaitan
dengan pengajaran bahasa, samaada bahasa pertama mahupun bahasa kedua seseorang
hingga menyebabkan sukar untuk mencapai tujuan pengajaran bahasa tersebut. mereka juga berpendapat
bahawa kesalahan-kesalahan tersebut sering berlaku dalam penulisan dan ia boleh
dihapuskan.
Analisis kesalahan bahasa ini boleh
dibahagikan kepada empat jenis taksonomi iaitu taksonomi kategori linguistik,
taksonomi siasat permukaan, taksonomi komparatif dan juga taksonomi efek komunikasi.
Taksonomi siasat permukaan merupakan taksonomi yang
meliputi kesalahan-kesalahan yang berlaku dari sudut stuktur permukaan sesuatu
bahasa samaada secara lisan ataupun tulisan (Tarigan dan Tarigan, 1990:148).
Taksonomi siasat permukaan ini merangkumi kesalahan-kesalahan seperti
penghilangan, salah formasi dan juga salah susun.
Taksonomi
komparatif pula merupakan taksonomi yang digunakan untuk membuat perbandingan
antara bahasa pelajar dengan bahasa kedua yang dipelajari oleh para pelajar
tersebut (Tarigan dan Tarigan, 1990:158). Taksonomi komparatif ini mengandungi
kesalahan perkembangan, kesalahan antarbahasa, kesalahan taksa dan kesalahan
lain.
Taksonomi
efek komunikasi pula merupakan taksonomi yang mengandungi kesalahan-kesalahan
bahasa yang meninggalkan kesan atau efek terhadap para pembaca dan sebagainya
(Tarigan dan Tarigan, 1990:164). Taksonomi efek komunikasi ini juga boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kesalahan global dan juga
kesalahan lokal.
SKOP KAJIAN
Walau bagaimanapun, kami hanya akan memfokuskan kajian terhadap
data-data yang diambil daripada Media Permata dengan berdasarkan taksonomi
kategori linguistik. Taksonomi kategori linguistik boleh didefinisikan sebagai
sebuah taksonomi yang digunakan untuk mengenalpasti kesalahan-kesalahan bahasa
yang berlaku berdasarkan komponen linguistik (Tarigan dan Tarigan, 1990:145).
Komponen-komponen linguistik yang dimaksudkan itu adalah seperti dari aspek
fonologi, morfologi, sintaksis, leksikon, semantik dan sebagainya.
Sebagai tambahan, kesalahan-kesalahan bahasa dari aspek fonologi itu boleh berlaku samaada
secara lisan mahupun secara bertulis, misalnya dari segi ejaan. Manakala, dari
aspek morfologi, kesalahan-kesalahan bahasa boleh berlaku disebabkan berlakunya
pengulangan kata, kata-kata imbuhan yang kurang sesuai digunakan dan
sebagainya.
Selain itu,
kesalahan-kesalahan bahasa yang berlaku berdasarkan taksonomi kategori linguistik
dari aspek sintaksis pula boleh dilihat apabila berlakunya kesalahan-kesalahan
pada ayat yang dihasilkan yang meliputi kesalahan dari segi frasa, klausa dan
sebagainya. Kesalahan-kesalahan bahasa dari aspek leksikon dalam taksonomi
kategori linguistik ini boleh dilihat dari segi pilihan kata ataupun
perbendaharaan kata.
ANALISIS DATA:
Berdasarkan Media Permata (Berita Tempatan)
Kesalahan-kesalahan
bahasa berdasarkan taksonomi kategori linguistik itu dapat dilihat melalui
data-data yang kami perolehi iaitu melalui berita-berita tempatan yang
terkandung dalam Media Permata. Penjelasan-penjelasan tentang
kesalahan-kesalahan yang kami temui tersebut adalah seperti berikut:
Data 1 : Media permata, selasa 31hb
Januari 2012, muka surat 4.
Tajuk
: Gunakan peluang sebaik mungkin
Kesalahan
morfologi (imbuhan apitan)
… kerana diberi peluang mengikuti
pengajian di Politeknik Brunei bagi pengambil pertama ini.
Perkataan pengambil dari kata dasar ambil dalam penyataan di atas seharusnya
diberikan imbuhan apitan peN-... -an
yang membawa kepada pengambilan. Ini terjadi kerana
apitan peN-…-an terdiri daripada
empat bentuk dan salah satu daripadanya ialah peng-…-an (Nik Safiah Karim & Rakan, 2010:121).
Pengambilan adalah merupakan kata nama yang sesuai
digunakan dalam ayat tersebut.
Oleh yang
demikian, ayat yang betul ialah:
… kerana diberi peluang mengikuti
pengajian di Politeknik Brunei bagi pengambilan pertama ini.
Kesalahan semantik
Dengan peluang yang diberikan ini, ia
akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk mencapai seterusnya melanjutkan
pengajian yang lebih tinggi lagi.
Makna yang
ingin disampaikan dalam ayat di atas seperti tergantung dan kurang jelas. Si penulis
tertinggal sesuatu selepas perkataan mencapai
yang menyebabkan makna yang ingin disampaikan itu tidak jelas kepada pembaca.
Kesalahan
perbendaharaan kata
… sebanyak
sembilan kursus ditawarkan antaranya seperti Diploma Lanjutan pemasaran …
Penggunaan perkataan antaranya
seperti pada ayat di atas adalah disebut sebagai lewah iaitu pembaziran
dalam penggunaan perkataan.
Salah satu daripada perkataan tersebut sudah cukup
menerangkan apa yang ingin disampaikan oleh si penulis.
Penulis boleh menggunakan salah satu daripada perkataan
tersebut sama ada memilih menggunakan perkataaan antaranya atau seperti.
Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah:
… sebanyak
sembilan kursus ditawarkan antaranya Diploma Lanjutan pemasaran …
Atau
… sebanyak sembilan
kursus ditawarkan seperti Diploma Lanjutan pemasaran …
Data 2 : Media permata, selasa 31hb
Januari 2012, muka surat 6
Tajuk
: Lelaki dijatuhi hukuman salah gunakan dadah
Kesalahan
perbendaharaan kata
Itu BKN mengingatkan orang ramai bahawa
kesalahan dadah di Negara ini adalah dipandang serius …
Penulis lupa
membubuh perkataan oleh dalam
permulaan ayat tersebut. Penulis terus saja menulis perkataan itu yang membuatkan bianaan ayat
tersebut kurang sesuai.
Sebetulnya
penulis mesti membuat oleh itu pada
permulaan ayat tersebut.
Oleh yang
demikian, ayat yang betul ialah:
Oleh itu BKN
mengingatkan orang ramai bahawa kesalahan dadah di Negara ini adalah dipandang
serius …
Data 3 : Media Permata, Selasa 21hb
Februari 2012, muka surat 10.
Tajuk: Lagi selebriti AF bersama
Ashraff Rannil
Kesalahan dari aspek morfologi
“antara lain beliau telah bercerita mengenai kehidupannya
selepas AF...”
Dalam ayat di atas, terdapat kesalahan
dari segi penggunaan imbuhan bagi kata dasar cerita.
Ini bermaksud bahawa imbuhan ber... adalah tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana imbuhan ber... hanya sesuai digunakan ketika menghasilkan ayat yang berbentuk pasif.
Ini bermaksud bahawa imbuhan ber... adalah tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana imbuhan ber... hanya sesuai digunakan ketika menghasilkan ayat yang berbentuk pasif.
Oleh yang demikian, imbuhan yang sesuai
digunakan bagi melengkapkan kata dasar cerita
dalam ayat di atas adalah imbuhan apitan meN-...-kan
untuk menghasilkan kata menceritakan.
Ini adalah bertujuan agar makna yang
ingin disampaikan oleh penulis akan lebih berkesan dan difahami kerana ia
merupakan sebuah berita yang berbentuk formal.
Ayat yang betul:
“antara lain beliau telah menceritakan mengenai kehidupannya
selepas AF...”
“pasti para pendengar pastinya tidak dapat melupakan suara
Hafiz ketika...”
Dalam ayat di atas, terdapat
pengulangan kata iaitu pasti...pastinya..
Ini telah menyebabkan berlakunya
kekeliruan terhadap pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh
penulis.
Penulis sepatutnya hanya menggunakan
satu perkataan tersebut sahaja dalam menghasilkan ayat di atas, iaitu samaada
menggunakan pasti para pendengar...
ataupun para pendengar pastinya...
Ayat yang betul:
“Pasti para pendengar tidak dapat melupakan suara Hafiz
ketika...”
atau
“Para
pendengar pastinya tidak dapat melupakan suara Hafiz ketika...”
Kesalahan dari aspek sintaksis dan
semantik
“Dalam rancangan setiap Isnin itu pada minggu lalu...”
Dalam ayat di atas, terdapat kesalahan
dari segi sintaksis iaitu susunan ayat yang tidak begitu kemas sehingga
menyebabkan pembaca kurang memahami struktur ayat yang dihasilkan oleh penulis
dalam artikel ini.
Sebagai tambahan, ayat di atas juga
mengandungi kekaburan dari segi semantiknya kerana makna ayat yang ingin
disampaikan oleh penulis itu tidak sampai ke tahap pemahaman para pembaca.
Ini telah mengakibatkan pembaca keliru
apakah makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis, iaitu dalam ayat setiap Isnin itu pada minggu lalu...
Persoalan yang timbul pada pembaca,
adakah yang ingin diberitahu oleh penulis itu tentang rancangan yang dimainkan
pada setiap Isnin ataupun pada minggu lalu?
Oleh yang demikian, penulis perlu
mengelakkan hal seperti ini kerana ia telah menimbulkan ketidakfahaman terhadap
pembaca.
Kesalahan ejaan : Mengetuai sepatutnya Mengetahui
Data 4 :
Media Permata, Isnin 20hb Februari 2012, muka surat 3.
Tajuk:
Ancaman penyakit kronik
Kesalahan
dari aspek morfologi :
“...kerana jumlah mereka yang meninggal
dunia akibat-akibat penyakit kronik...”
Dalam ayat tersebut,
terdapat kesalahan penggunaan kata ganda pada perkataan akibat-akibat.
Ini adalah
disebabkan dalam ayat tadi telah diterangkan bahawa hanya ada satu akibat atau
kesan iaitu meninggal dunia.
Manakala, penulis
telah menerangkan pelbagai jenis nama penyakit kronik seperti kanser, sakit
jantung, diabetes dan strok.
Oleh yang
demikian, ayat yang betul adalah seperti berikut:
“...kerana jumlah mereka yang meninggal
dunia akibat penyakit-penyakit kronik...”
Data 5 : Media permata, 23hb februari 2012
Tajuk: Pameran lukisan sempena hari
kebangsaan
Terdapat kesalahan dalam pembinaan ayat
yang dapat dikenal pasti di dalam petikan ini.
Kesalahan Sintaksis Dan Semantik
kesalahan
tentang binaan dan susunan ayat:
1(a) Beliau juga dipelawa meninjau lukisan oleh pengurus
Galeri Seni Ratna Dina Arif, Haji Padzil bin Haji Ahmad.
Ayat di atas mempunyai susunan ayat
yang tidak teratur. Ayat yang sebetulnya ialah
1(b) Haji Padzil bin Haji Ahmad, pengurus Galeri Seni Ratna
Dina Arif, mempelawa tetamu kehormat majlis untuk meninjau lukisan-lukisan
tersebut.
2(a) Selain dari itu, hasil karya pelukis-pelukis terlibat
yang terdiri dari pelukis vetren dan belia (termasuk pelukis-pelukis wanita)
boleh menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke hotel berkenaan khususnya juga
Negara Brunei Darussalam.
Kurang jelas maksud yang hendak
disampaikan pada ayat di atas. Adalah lebih jelas jika disebut begini:
2(b) Selain dari itu, hasil karya
pelukis-pelukis yang terlibat iaitu yang terdiri dari pelukis vetren dan belia
(termasuk pelukis-pelukis wanita) dapat dijadikan sebagai tarikan pelancong
untuk berkunjung ke hotel berkenaan dan
khususnya juga Negara Brunei Darussalam.
Data 6 : Media permata, 25/26 Februari 2012
Tajuk: Pemeriksaan mengejut ke Tamu Kianggeh
Kesalahan morfologi
Kesalahan pada penggunaan awalan di-
Sayur-sayuran yang di borong…
Sebetulnya
ialah sayur-sayuran yang diborong…
…menghubungi
hotline JIPK di talian…
Sebetulnya
ialah …menghubungi hotline JIPK ditalian…
Kesalahan sintaksis dan semantik
Kesalahan dari segi susunan dan pemilihan
kata yang menjadikan ayat tersebut tidak jelas maknanya.
Operasi yang bermula pukul 9 pagi tadi
itu diketuai oleh Pemangku Ketua Pegawai Imigresen Kanan…
Penggunaan perkataan tadi sepatutnya tidak perlu
digunakan di dalam ayat tersebut agar
tidak berlaku kekeliruan dalam menyampaikan makna.
Ayat yang betul ialah:
Operasi yang bermula pukul 9 pagi itu,
diketuai oleh Pemangku Ketua Pegawai Imigresen Kanan…
Dalam
pemeriksaan mengejut itu, menurut kenyataan JIPK yang dikeluarkan di sini hari ini…
Perkataan di sini dan hari ini
merupakan lewah bahasa iaitu sesuatu pembaziran dalam penggunaan perkataan.
Ayat yang betul ialah Dalam pemeriksaan
mengejut itu, menurut JIPK yang dikeluarkan pada
hari ini…
Operasi
antara lain bertujuan bagi melaksanakan operasi
dan pemeriksaan berdasarkan…
ayat yang betul ialah:
Operasi
antara lain bertujuan melaksanakan pemeriksaan berdasarkan…
Penggunaan ayat yang terlalu panjang
Di samping itu, warganegara asing yang
menghantar dan membawa masuk buah-buahan dan sayur-sayuran yang diborong oleh
peniaga tempatan dengan menggunakan perahu juga didapati mengambil kesempatan
dengan menjual lebihan buah-buahan tersebut sendiri kepada orang ramai di tamu
berkenaan.
Ayat di atas adalah terlalu panjang dan
ini adalah perlu dielakkan. Sepatutnya ia perlu dipecahkan lagi kepada beberapa
ayat kecil atau membuat ayat baru bagi menyenangkan para pembaca untuk memahami
makna yang hendak disampaikan.
Kesalahan ejaan:
Previu – Prebiu
Kesalahan lain juga didapati pada
kedua-dua data di atas seperti tinggalnya tanda baca seperti nokhta dan tanda
koma.
PUNCA-PUNCA KESALAHAN
Secara hipotesis antara penyebab
mengapa berlakunya kesalahan-kesalahan di atas ialah:
Penulis tidak tahu atau keliru akan
tatabahasa yang sebetulnya seperti dalam penggunaan imbuhan awalan di-, apitan
meN…kan, dan kata ganda. Terdapat juga kesalahan dari segi perbendaharaan
kata.
Penulis lebih cendrung dalam
menggunakan ayat panjang.
Penulis tidak menguasi makna bagi sesuatu
ayat yang telah dihasilkan.
CARA-CARA MENGATASI
Perlu meneliti lagi setiap ayat yang
dihasilkan agar dapat menyampaikan makna yang betul.
Gunakan perkataan yang lebih jelas dan
mudah untuk difahami.
Gunakan ayat mudah untuk menghasilkan
sesuatu ayat.
KESIMPULAN
Hasil daripada analisis yang telah dilakukan, kami mendapati bahawa terdapat beberapa kesalahan dalam penulisan di dalam Media Permata.
Kesalahan-kesalahan tersebut boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian seperti dari aspek morfologi, semantik, sintaksis, perbendaharaan kata dan ejaan.
Walau bagaimanapun, hanya sebahagian daripada kesalahn tersebut berlaku secara nalar seperti kesalahan dari aspek morfologi, sintaksis dan perbendaharaan kata.
semua kesalahan tersebut boleh dielakkan dan diperbaiki.
No comments:
Post a Comment